Pages

Menu

Selasa, 12 April 2022

Links

Khamis, 23 Julai 2020

Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Pelajar Tahun 2019 Kawasan DUN N20 Tarat

Majlis penyampaian insentif kemerlangan pelajar bagi Tahun 2019 bakal di langsungkan di dewan sekolah SJKC Tapah pada 25 Julai 2020 iaitu pada hari Sabtu pada pukul 9.00 pagi. Majlis ini merupakan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Pendidikan DUN N20 Tarat.

Program tersebut akan dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN N20 Tarat.

Program pemberian insentif akademik DUN N20 Tarat ini adalah inisiatif oleh YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Merangkap ADUN N20 Tarat. Beliau akan merasmikan program tersebut dan turut dibantu oleh semua Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di kawasan DUN ini. Pemberian insentif ini adalah untuk murid-murid dan pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik UPSR, PT3, SPM dan STPM pada setiap tahun.

Objektif pemberian insentif ini ada sebagai galakan pencapaian kecemerlangan murid-murid dan pelajar-pelajar di kawasan DUN N20 Tarat. Sedikit sebanyak ia memberi motivasi kepada murid dan pelajar untuk berusaha gigih dalam bidang akademik disamping memberi kesedaran kepada penjaga dan ibu bapa supaya memberikan dorongan dan menitikberatkan pencapaian akademik anak-anak mereka.